kesedihan atau kekecewaan yang kita lalui hari-hari membuatkan kita menjadi lebih berani untuk melalui semua perkara yang baik mahupun yang buruk. sekerap mana sekalipun ditimpa kesulitan pastinya kita dapat menghadapinya dengan tenang kerna perkara yang lalu mengajar kita tentang erti kehidupan. setiap orang akan melaluinya tiada seorang pun yang akan terkecuali. kesedihan itu adalah anugerah yang terbesar dari Allah S.W.T kepada manusia untuk menyesali apa yang telah dilakukan.
tapi bagi aku kesedihan ini adalah sebahagian daripada diri aku. hidup aku selalu sahaja dipenuhi dengan kesedihan yang sering bersarang dalam diri aku. mungkin sudah nasib aku untuk melalui hidup sebegini ?? kadang-kadang aku pernah menyalahkan takdir kenapa mesti aku yang melalui semua ini ?? tapi semua tu aku tak boleh pertikaikan, tapi aku perlu laluinya juga.
kadang-kadang aku cemburu lihat orang sekeliling aku bila dia orang ada masalah, dia orang akan mengadu pada orang yang dia orang percaya. sedangkan aku tak de sapa pon nak dengar ?? diarilah pendengar setia masalah aku selama ni dan hati ini jugalah penyimpan rahsia yang paling aku percayai >.< walaupun bagi aku ianya terlalu sakit.
tapi kesedihan aku akan aku sembunyikan dengan kegembiraan aku, aku tak nak orang nampak akan kesedihan yang aku sembunyikan dari semua orang ini. biarlah aku sorang jek yang merasai dan melaluinya, aku tak nak orang lain yang bersimpati dan cuba untuk memahami diri aku. dan akhirnya aku berjaya menyembunyikan kesedihan aku pada semua orang. biarlah aku sahaja yang menanggungnya. biarlah aku sahaja yang sakit, aku tak nak orang lain ikut sakit sama. cukuplah aku sorang saja. ok, fighting !!
>.<
*walaupun sakit aku tetap akan senyum bila berhadapan dengan orang >.<


No comments:
Post a Comment